[PDF / Epub] ☉ Perempuan politikus Melayu Author Faisal Tehrani – Royalweddingnews.co.uk

Perempuan politikus Melayu summary Perempuan politikus Melayu, series Perempuan politikus Melayu, book Perempuan politikus Melayu, pdf Perempuan politikus Melayu, Perempuan politikus Melayu 8396fe9574 Amazing Books, Perempuan Politikus Melayu Author Faisal Tehrani This Is Very Good And Becomes The Main Topic To Read, The Readers Are Very Takjup And Always Take Inspiration From The Contents Of The Book Perempuan Politikus Melayu, Essay By Faisal Tehrani Is Now On Our Website And You Can Download It By Register What Are You Waiting For Please Read And Make A Refission For You


10 thoughts on “Perempuan politikus Melayu

  1. says:

    Baru sahaja pertama kali membaca novel ini di tahun 2016, hampir 16 tahun selepas novel ini dicetak, 19 tahun selepas ianya ditulis, isu isu yang diangkat masih malar segar dan realiti yang terjadi Benarlah ada satu pandangan yang mengatakan bahawa FT beruntung kerana menulis tentang politik kotor begini kerana ianya tema yang segar sepanjang zaman.Melihat kepada beberapa isu yang disentuh tentang pengambilan tanah untuk pembangunan, politik wang, skandal ranjang, hinggalah kepada isu positif seperti nilai nilai agama dan prinsip yang ada kepada Haji Chenon, kesetian dan ketabahan seorang ibu tunggal Jora, adalah isu isu realiti yang sentiasa berlaku hingga kini Saya suka kepada pengetahuan latar penulis tentang beberapa perkara tentang sejarah terutama sejarah perjuangan yang menjadi latar belakang Haji Chenon dan latar tempat yang menarik seperti London, US, dan di Jentayu itu sendiri yang telah berjaya diekpresikan dengan baik.Untuk seseorang yang novel sulungnya begini memang agak mengagumkan Tetapi gaya penulisan ternyata sebenarnya boleh berubah.


  2. says:

    Novel langka yang dijumpai tidak sengaja di sebuah toko buku agama dan ubatan tradisional di Ipoh beberapa bulan lalu ini sarat dengan satira politik Barangkali ini adalah karya Faisal Tehrani yang paling berkesan buat aku selain Perempuan Nan Bercinta Walaupun susunan plotnya kucar kacir, tapi lenggok ceritanya masih tidak sumbing dan tambah enak dihadam.Mr Complete Journalist terasa dekat dengan persekitaran aku Jenny, perempuan penuh dendam yang menyedihkan dan Chai Yin penyimpan cinta tak bertuan Aku yakin situasi politikus kotor, pelacur kelas atasan juga sekatan dalam kebebasan menulis sesuatu yang berani sememangnya benar benar berlaku dari dulu lagi sehingga kini Mungkin, ia terlindung dek kuasa dan yang paling utama uwang.Benarlah, ahli politik dan pelacur itu sama.


  3. says:

    Tak pasti nak ulas bagaimana Setelah hampir dua tahun tak mengusik karya Faisal Tehrani, novel ini aku anggap karya beliau yang paling aku gemari secara peribadi Non linear storytelling dan emosi yang begitu jelas buat aku tak pernah jemu membaca Novel yang sangat enjoyable.


  4. says:

    Pada mulanya, aku menjangkakan karya ini sekitar ahli politik wanita yang cuba menongkah arus kebiasaan dan gigih menempuh ranjau arena politik Namun sangkaanku meleset Isu utama sebenarnya seputar seorang perempuan simpanan milik seorang ahli politik Karya ini ditulis sudah lama tetapi ia masih relevan untuk dipakai pada mass ini Ternyata permainan politik begitu meloyakan tidak kira parti mahupun perjuangan Semua orang harus membaca novel ini sekiranya kalian terlalu menyembah mana mana sosok politikus Lebih elok berjaga jaga daripada buta mata hati Power corrupts Absolute power corrupts absolutely Perjuangan pihak marginal, kerakusan ahli parlimen yang telah diberi mandat menjaga rakyat, namun dikecewakan, percintaan merentasi kaum, semuanya ada dalam karya hebat ini.


  5. says:

    Karya yang berani


  6. says:

    Karya kedua daripada FT yang berjaya saya baca Agak tebal juga novel ini namun saya dapat juga habiskan lebih kurang satu hari setengah kerana jalan ceritanya yang sangat mengagumkan Berbanding Surat surat Perempuan Johor, saya lebih sukakan karya ini Lebih kena dan menepati selera saya barangkali, yang menyentuh permasalahan masyarakat yang ditindas oleh projek projek pembangunan dan isu politikus yang berebutkan kuasa dan jawatan Di dalam karya ini FT berjaya menggambarkan betapa rakusnya ahli politik yang mabukkan kuasa dan pemaju yang dikaburi wang Kritikan ke atas pengamalan politik yang kotor di Malaysia tabur wang, rasuah, penguasaan media, etc sangat ditonjolkan di dalam novel ini.Apa yang menarik mengenai novel ini ialah unsur realisme yang kuat mempamerkan isu semasa berlatar belakangkan dekad 90 an di Malaysia Novel ini ditulis pada 1994 1997 Karya sastera adalah cerminan kepada kehidupan sosial masyarakat kerana ia lahir di tengah tengah masyarakat sebagai hasil imajinasi pengarang serta refleksi terhadap gejala gejala sosial di sekitarnya Dan saya rasa pandangan ini telah berjaya dibuktikan FT melalui novel sulungnya ini.


  7. says:

    Selain Merentas Gerhana karya Norhisham Mustaffa, mungkin ini adalah karya realis politik Malaysia yang ada dalam khazanah sastera tanah air yang pernah saya baca Ranah sastera tanah air lebih banyak menyuguhkan karya yang menggunakan unsur satira dalam mengungkapkan dunia politik Malaysia.Isu pengambilan tanah dan hubungan sulit politikus digabungkan untuk menjadi satu intrigue yang menghidangkan karya realisme yang mudah untuk dihubungkaitkan dengan peristiwa semasa yang melatari dekad penerbitan buku ini.


  8. says:

    Ahli politik dan pelacur itu sama Teknik penulisan yag saya kira tiada pada novel tulisannya yang lain Kritikannya masih juga berpada pada Tahniah FT Sentiasa bernas dan menyegarkan.


  9. says:

    Buku ni lambat habis sbb sibuk dgn urusan lain..tak dpt nak habiskan..anyway,akhirnya habis gak bacaan buku ni..tema n plot yg menarik yg digarapkan oleh FT walaupun buku ni merupakan novel sulung beliau..respek dgn karya FTsemuanya tak mengecewakan


  10. says:

    Geram pula aku baca novel terbitan Dubook ni Banyak betul typo di dalamnya Perasaan sayu sakit dan sedih membaca nasib watak watak di dalamnya diganti dengan rasa sakit dan geram terhadap typo yang terlalu banyak.Jalan cerita yang agak mencapah tapi tak susah untuk aku hadam.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *